Saturday, September 17, 2011

Sejarah Penubuhan




Tadika Pintar Al Husna ditubuhkan pada tahun 2005 di atas sebuah bangunan lot tepi beralamat di pt5368 jln BBn 9/3F, Desa Anggerik, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Ia diasaskan oleh seorang bekas guru dari Taski ABIM cawangan Nilai, Puan Aniza bte Abd Rahman. Beliau seorang bekas graduan UITM memiliki ijazah dalam bidang IT.

Minat dan kecenderungan beliau dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak telah mencetuskan satu azam yang kuat untuk mendidik anak-anak keluarga setempat beragama Islam dan juga anak-anak staff dari USIM(Universiti Sains Islam Malaysia) . Pada awal penubuhannya Tadika Pintar Al Husna menerima 18 orng pelajar berusia di antara 4 ,5 dan 6 tahun.

Tadika Pintar Al Husna didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan disebabkan tadika ini mengajar banyak subjek beteraskan ilmu keagamaan. Walaubagaimana subjek yang diajar adalah mengikut kurikulum standard Pra.sekolah. Tadika Pintar Al Husna mematuhi segala keperluan pendaftaran asas seperti pendaftaran syarikat(SSM), Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Majlis Kerajaan Tempatan (Majlis Perbandaran Nilai), dll.

Sebarang pertanyaan berkenaan Tadika Pintar Al Husna boleh menghubungi no telefon: 0126521997 (Pn Aniza Abd Rahman), 0193005692(En. Mohd Muhlis bin Sukir) atau email ke: alhusnanilai@yahoo.com.my



No comments:

Post a Comment